CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 0

[Melaka] Mayat wanita ditemui tertiarap di Pantai Puteri

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Mayat wanita ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan terkambus dalam pasir di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, pagi tadi. Foto Ihsan IPD Melaka Tengah.

Melaka: Mayat wanita ditemui dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap badan si mati tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan unsur jenayah berlaku.

"Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis sedang mengenal pasti identiti sebenar mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Setakat ini kita syak mangsa warga tempatan berdasarkan suntikan BCG (Bacille Calmette-Guerin) dan dianggarkan berusia 20-an.

"Kita memohon orang ramai yang mengetahui kejadian untuk tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-di-pantai-puteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055796 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list