View: 6012|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
100 murid disyaki keracunan makanan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Jempol: Kira-kira 100 murid dari sebuah sekolah rendah di Bahau, dekat sini, disyaki mengalami keracunan makanan selepas cirit-birit dan muntah sejak minggu lalu.
Bagaimanapun Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata, pihaknya masih menunggu keputusan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhubung perkara itu.
"Ya memang ada kes itu namun ia bukan berlaku serentak membabitkan kira-kira 100 murid itu.
"Kejadian dipercayai bermula Selasa hingga Jumaat lalu. Murid terbabit sudah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran," katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih belum diketahui setakat ini, sama ada disebabkan keracunan makanan ataupun sebab lain.
Roslan berkata, PKD sedang menjalankan siasatan dan pihaknya sedang menunggu keputusan itu.
Terdahulu tular di WhatsApp mengenai kejadian itu membabitkan murid sekolah rendah.
Dalam maklumat itu, pihak sekolah mengambil beberapa langkah keselamatan dengan melaksanakan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah termasuklah tandas dan kantin.
Ibu bapa juga diingatkan supaya memantau kesihatan anak dan segera mendapatkan rawatan lanjut sekiranya terdapat gejala itu.
Sementara itu, Roslan berkata, sesi persekolahan di sekolah terbabit berjalan seperti biasa pada Isnin ini dan tiada arahan penutupan sementara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-keracunan-makanan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|