CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 0

[Selangor] LTdL 2023: Penutupan jalan di Selangor

[Copy link]
Post time 25-9-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Peta laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 peringkat kelapan yang membabitkan penutupan jalan di Selangor pada 30 September ini. - Foto NSTP/ Ihsan JSPT Selangor.

SHAH ALAM: Jalan di beberapa daerah di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Shah Alam, Klang Utara, Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Ampang akan ditutup berikutan kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, LTDL 2023 yang bermula kelmarin sehingga 30 September itu akan melalui beberapa laluan di Selangor pada peringkat lima dan lapan.

"Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh JSPT Selangor.

"Penutupan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi berkenaan.


"Pada peringkat kelima perlumbaan, laluan Selangor membabitkan jarak sejauh 87.5 kilometer (km) bermula di Behrang Station dan melalui Proton City, Kampung Kerliang, Kerling, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Serendah, Rawang bypass, Jalan Batu Caves (MRR2), Jalan Gombak Lama dan Genting Sempah.

"Peringkat kelima pada Rabu ini, lokasi pelepasan adalah di Slim River, Perak–Genting Highlands jam 10 pagi," demikian satu kenyataan menerusi Facebook rasmi JSPT Selangor, hari ini.

Sementara itu, bagi peringkat kelapan pada 30 September, laluan Selangor membabitkan jarak sejauh 152.2km bermula di Setia Alam Convention Centre–KLCC, Kuala Lumpur, pada jam 12 tengah hari.

"Ia akan melalui Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Jalan Bukit Cerakah, Meru, Kapar, Jeram, Sg Buloh, Assam Jawa, Kuala Selangor, Jalan Bukit Belimbing, Jalan Raja Musa, Jalan Rawang, Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya, Kampung Sungai Perlong, Paya Jaras, Jalan Kuala Selangor, MRR2 dan Jalan Ampang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-jalan-di-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058651 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list