View: 4733|Reply: 8
|
Gangwon Di Korea, Lokasi 'Underrated' Yang Wajib Dilawati Untuk Nikmati Pengalaman Musim Sejuk
[Copy link]
|
|
Kalau bercakap mengenai percutian ke Korea Selatan, pastinya antara tempat yang sering menjadi sebutan adalah Pulau Jeju, Pulau Nami, Seoul atau Busan.
Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Korea yang boleh dilawati sebagai contoh Gangwon. Walaupun dikategorikan sebagai lokasi 'underrated', tetapi mereka yang ingin merasai pengalaman musim sejuk pasti berpuas hati!
Gangwon terletak di bahagian timur Semenanjung Korea. Pemandangannya yang cantik menjadikan bandar ini sebagai lokasi percutian terbaik sepanjang tahun. Tak kiralah musim apa pun, korang mesti akan terpesona dengan keindahan Gangwon.
Berikut adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di Gangwon.
1. Berseronok di Snowy Land, Vivaldi Park
Snowy Land adalah salah satu taman tema luncur salji terbesar di Korea. Ia mempunyai 5 lereng luncur salji dan pelbagai tarikan yang menarik. Snowy Land adalah lokasi yang memang korang tak boleh lepaskan bila bercuti di Korea sewaktu musim sejuk. Memang ngam sangat untuk korang bawak anak-anak bermain salji.
Nak lagi syok, korang datang pada sebelah malam. Suasana dan dekorasinya pasti buat korang terpukau dan gambar-gambar korang confirm lawa!
Kat sini, korang tak perlu risau nak makan di mana sebab di Vivaldi Park ada restoran halal. Antara menu popular yang ada di Dongmoon Express ialah Grilled Chicken Teriyaki Salad, Kimchi Fried Rice Wrap, Bulgogi Fried Rice Lunch Box dan Tteobokki.
Vivaldi Park ni kami kategorikan sebagai mesra Muslim. Bukan saja restoran makanan halal, mereka juga ada sediakan surau untuk kemudahan pelancong Muslim menunaikan solat. Nice dan terjaga pulak tu suraunya.
2. Bergambar ala-ala drama Goblin di Jumunjin Breakwater
Korang yang minat K-Drama mesti pernah tengok drama Goblin kan? Haa.. Jumunjin Breakwater ni salah satu lokasi ikonik dalam drama ni tau. Sebenarnya, Jumunjin Breakwater ni dibina untuk melindungi kawasan pantai daripada terhakis. Tapi, tempat ni jadi famous gara-gara drama Goblin.
3. Pengalaman bermain ski di Alpensia Ski Resort
Di setiap resort ski memang akan ada kelas untuk jam tertentu buat korang yang nak belajar main ski. Apa yang bezanya kat Alpensia Ski Resort, mereka ada ski camp (KISC) di mana penginapan, makanan, kelas ski (siap ada ujian), perlumbaan ski dan pelbagai lagi aktiviti best semuanya dah all in. Kira KISC ni macam sekolah ski gitu.
3. Bertentang mata dengan alpaka di Alpaca World
Alpaca World merupakan taman tema zoologi terbesar di Korea. Lokasinya di kawasan hutan bergunung akan buatkan momen korang bersama haiwan ladang, terutamanya alpaka lebih best. Korang boleh bagi alpaka makan, berjalan, pegang dan bergambar.
Kalau nak dapatkan gambar paling onz dengan alpaka, korang kena umpan mereka dengan makanan. Paling penting, pegang alpaka di bahagian leher dan jangan sesekali berada di belakang alpaka sebab mereka mungkin akan tendang korang.
Kalau korang suka sticker ataupun bawak anak-anak, bolehlah collect stamp di semua checkpoint yang ada kat Alpaca World. Bila dah dapat semua, korang boleh redeem sticker alpaka yang comel ni di kedai cenderahati.
4. Festival Hongcheon Ggong Ggong
Setiap kali musim sejuk, pelancong dari seluruh dunia berkumpul untuk memancing ikan trout dari ais. Menarik kan? Aktiviti seperti menangkap ikan trout dengan tangan, meluncur ais, pameran arca ais dan menunggang keldai pun ada. Selain itu, korang boleh nikmati pelbagai makanan tempatan di festival ni.
Festival ni memang popular dalam kalangan rakyat Korea Selatan dan diangkat sebagai pesta terbaik pada 2015 sebab memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak dan golongan dewasa untuk mengimbau kenangan lama mereka.
Korang kena try pancing ikan trout dari tasik yang beku, lagi best!
5. Bergaya dengan Hanbok Diraja
Ojukheon terletak di Gangneung, Gangwon mendapat nama daripada pokok buluh berwarna hitam yang tumbuh disekitarnya. Kalau korang nak tau, banyak drama Korea berlatar masa zaman dahulu kala buat shooting kat daerah Gangneung ni.
Kat sini, korang berpeluang untuk feeling ala-ala golongan Diraja dan bangsawan Korea dengan memakai pakaian tradisi mereka iaitu Hanbok. Selain itu, korang turut diajar untuk menulis nama dalam kaligrafi Korea. - CARI
Sumber: Oh Bulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam dilema ni nak gi korea ke jepun dulu...uols rasa? |
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran replied at 29-9-2023 04:20 PM
dalam dilema ni nak gi korea ke jepun dulu...uols rasa?
bukan ke baru baru ni korea heboh dengan isu bunuh sesuka hati..ade baca dekat cik google..tapi tak pastila area mane..juz be careful kalau nak pi sana..kalau jepun..makanan nye terlalu la xdak rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran replied at 29-9-2023 04:20 PM
dalam dilema ni nak gi korea ke jepun dulu...uols rasa?
Iols tak pernah pi jepon tapi dah beberapa kali pi korea..
1st ke busan.. ok la..
2nd ke gyeongju, melalui airport busan, sbb naik airasia, ni sblm pandemik.. iols suka la sbb historical
3rd ke seoul, pi trip ke nami island dan gardens of the morning calm.. ok la..
Mak iols rekemen ke jeju island.. dia pi korea naik tour dgn adik badik pompan dia.. masa trip kedua dgn ketiga iols bawak dia sekali.. ok la tapi mebbe dah takleh bawak dia oberc lagi sbb dia dah tua.. mak pun tak sempat pi jepon tapi dia mmg tingin pi historical tmpt mcm kyoto, osaka.. kalau iols berkesempatan pi, bleh la amik gambaq dan cerita kat dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran replied at 29-9-2023 04:20 PM
dalam dilema ni nak gi korea ke jepun dulu...uols rasa?
Dua2 pun menarik. Jepun lbh byk tmpt best tak cukup pegi sekali. Try pegi Korea dlu, nnt ada bajet lebih pegi Jepun pula. |
|
|
|
|
|
|
|
penah went there during november. waktu tu belum winter lagi.
tp sejuk dia mcm dh musim salji. sejuk ketulang rasa nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|