CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lesen borong beli BPI bantu peniaga tidak naikkan harga nasi

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kebenaran pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan usaha itu juga untuk memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian daripada golongan itu bagi kegunaan perniagaan.

"Dalam hal ini, KPKM mengambil langkah berkenaan untuk mengimbangi keperluan beras bagi tujuan perniagaan dan kegunaan isi rumah dalam tempoh permintaan yang tinggi kepada bekalan BPT pada masa ini.

"Persetujuan ini dicapai melalui sesi libat urus antara KPKM dan persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 September 2023," menurut KPKM.

Hal ini susulan kenyataan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin berhubung keputusan berkenaan yang dikhuatiri mewujudkan monopoli, dan cadangannya untuk menaikkan harga siling BPT kepada RM34 setiap 10 kg seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.

Berhubung cadangan menaikkan harga BPT, KPKM memaklumkan bahawa harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

KPKM pada 24 September lalu memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas dan persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -naikkan-harga-nasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045948 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list