CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Majikan dera, rogol amah didakwa esok

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Majikan yang mendera dan merogol pembantu rumah warga Indonesia di Kepong akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan mendapat arahan untuk menuduh suspek esok.

Harian Metro semalam melaporkan wajah sugul pembantu rumah warga Indonesia berdiri di pintu jeriji sebuah unit kondominium di Kepong, di sini, membongkar kesengsaraan dirinya apabila mendakwa menjadi mangsa pukul dan rogol oleh majikannya.

Dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, wanita berusia 29 tahun itu dilihat berada di pintu rumah selama 15 minit sambil memerhatikan pekerja sebuah syarikat logistik memindah masuk barang di rumah jirannya.

Wanita itu kemudian memberanikan diri meminta bantuan daripada pekerja terbabit untuk membantu menyelamatkannya dengan menghubungi pihak berkuasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-amah-didakwa-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.112023 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list