CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bernas jamin bekalan beras putih mencukupi

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, ketika orang ramai mendakwa sukar mendapatkan barang keperluan itu.

Dalam satu kenyataan bagi menjelaskan keadaan itu, Bernas memaklumkan pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.

Dengan langkah, syarikat itu berkata ia menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu.

"Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih dari mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal.

"Namun demikian, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.

"Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain-pemain industri makanan," katanya

Melalui peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, Bernas menjelaskan bahawa purata pegangan pasaran padi tempatan syarikatnya hanya sekitar 10 peratus, selebihnya dibeli dan diproses kilang swasta.

Bagi menjamin bekalan beras tempatan, Bernas menegaskan pihaknya sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ras-putih-mencukupi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.107363 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list