CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3668|Reply: 0

[Selangor] Tiga sekawan cedera dihempap pokok ketika mandi sungai

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Antara mangsa yang dihempap pokok di Air Terjun Batu Bertenggek, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Keseronokan empat rakan mandi di Air Terjun Batu Bertenggek, di sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dihempap pokok setinggi 10 meter, hari ini.

Ekoran kejadian itu, seorang wanita mengalami cedera parah di hadapan muka serta pinggang manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok selama 15 minit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 11.59 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan dua buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala kubur Bharu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebatang pokok setinggi 10 meter telah tumbang dan menghempap tiga individu di lokasi tersebut selama 15 minit.

“Tiga individu itu terdiri daripada seorang lelaki yang dua wanita berusia antara 21 tahun hingga 24 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

“Pemeriksaan mendapati seorang wanita mengalami cedera parah manakala dua lagi cedera ringan.

“Kesemua mereka berasal dari Shah Alam dan ke lokasi kejadian tujuan bermandi-manda,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... etika-mandi-sungai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.640311 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list