CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8997|Reply: 0

[Selangor] Cuaca buruk, banjir masih berpotensi melanda negeri utara sehingga November

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Anggota ATM Kota Setar memindahkan mangsa banjir yang terperangkap ke pusat pemindahan sementara di Kampung Bukit, Mukim Derang, semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir masih berpotensi melanda negeri di utara Semenanjung sehingga awal November depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), MetMalaysia, Lim Ze Hui berkata, meskipun keadaan cuaca direkodkan bertambah baik, namun pihaknya turut menjangkakan kehadiran hujan lebat di sebelah petang mampu menyebabkan berlakunya banjir di kawasan berisiko.

Katanya, hujan lebat berterusan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan negara berada dalam Fasa Peralihan Monsun yang mana arah angin berubah akibatkan beberapa negeri mengalami banjir.

“Buat masa sekarang keadaan cuaca di negeri-negeri utara Semenanjung beransur baik dan di Sabah dan Sarawak begitu juga.

“Namun, dalam tempoh peralihan monsun, garis badai yang terbentuk di perairan Selat Melaka masih berpotensi berlaku, begitu juga hujan lebat serta ribut petir pada sebelah petang yang boleh berlarutan sehingga malam di kebanyakan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan MetMalaysia telah menamatkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -sehingga-november/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044295 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list