CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4285|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perlu serius dengan laporan LKAN - KPPA

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Dr Zulkapli Mohamed

Putrajaya: Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memandang perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata langkah berkenaan adalah usaha ke arah memartabatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam.

"Mereka (Ketua Setiausaha dan ketua jabatan) juga diminta bersiap siaga dengan sebarang teguran (LKAN) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

"Selaku pegawai pengawal di setiap kementerian dan jabatan yang diterajui, integriti adalah perkara yang perlu diberi keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Persidangan Pemerkasaan Integriti anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 27 September lalu.

Zulkapli berkata penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah bagi membolehkan nilai murni tersebut diterjemahkan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.

Katanya, berpegang kepada prinsip 'amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan', semua penjawat awam perlu berpegang kepada nilai integriti dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani.

"Kita semua tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu integriti," katanya.

Zulkapli berkata dengan iltizam yang kukuh untuk menjauhi rasuah dan salah guna kuasa menerusi integriti, penjawat awam dapat melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah dan disegani di persada antarabangsa.

Persidangan itu julung kali diadakan dengan tema 'Membudaya Integriti, Memperteguh Malaysia Madani'.

Antara objektif persidangan ialah sebagai platform untuk bertukar pandangan, mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan aspek tatakelola dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi serta membincangkan pelbagai isu berkaitan dapatan audit dan langkah penambahbaikan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-laporan-lkan-kppa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.116525 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list