CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16877|Reply: 0

[Pahang] Mayat pelancong India dibawa turun dari Gunung Jasar dengan helikopter

[Copy link]
Post time 1-10-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Cameron Highlands: Mayat pendaki warga India yang hilang sejak 22 September lalu di Gunung Jasar berjaya dibawa turun 11.20 pagi tadi, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Yahaya berkata mayat Nandan Suresh Nadkarni, 44, dibawa turun menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Ipoh selepas operasi membawa turun mayat semalam gagal disebabkan faktor muka bumi.

"Mayat mangsa ditemukan pada sekitar 3.40 petang semalam di satu anak sungai berhampiran Pos Atap dan jaraknya lebih kurang enam kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki Gunung Jasar.

"Hasil siasatan polis mendapati ketika mangsa turun dari puncak Gunung Jasar, beliau telah tersasar daripada laluan asal menyebabkan sesat jauh ke dalam hutan dan melepasi sempadan negeri Perak," katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Nandan Suresh dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands, sejak seminggu lepas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan dan hasil siasatan awal berdasarkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar kira-kira 9 pagi, 22 September.

Operasi SAR itu melibatkan 101 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO), Malim Gunung Cameron Highlands dan Radio Communication and Recreation Club.

Sementara itu, Yahaya berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands bagi tujuan bedah siasat.

"Proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan rakan mangsa yang berada di sini sejak SAR dilancarkan telah diberitahu untuk tujuan pengecaman mayat.

"Hasil semakan polis juga mendapati mangsa ada memberitahu rakannya menyatakan beliau pergi mendaki dan sampai di puncak Gunung Jasar, namun beliau tidak pulang ke hotel dan mendaftar keluar," katanya.

Katanya Nandan Suresh yang bekerja sebagai aktuari mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 September.

"Kita juga dimaklumkan mangsa mempunyai satu persidangan di Kuala Lumpur pada 25 September dan beliau mengambil keputusan melawat Cameron Highlands terlebih dahulu untuk melakukan pendakian.

"Semakan di tempat mangsa menginap mendapati barangan peribadi milik beliau seperti pasport, komputer riba, dompet dan pakaian masih berada dalam bilik dan mangsa mendaftar masuk seorang diri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-dengan-helikopter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.414443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list