CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 0

[Johor] Jerebu di Larkin bertambah baik, tapi pemandangan masih kabur

[Copy link]
Post time 2-10-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Kelihatan pemandangan sedikit kabur di Larkin, Johor Bahru, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Keadaan jerebu di Larkin, bertambah baik hari ini, namun jarak penglihatan masih terhad dan keadaan berkabus.

Tinjauan mendapati walaupun cuaca panas, namun keadaan seolah-olah mendung dan gelap menjadikan pemandangan terutama di bangunan tinggi terhad.

Penjawat awam, Syahreen Hamsan, 39, berkata, semalam keadaan jerebu di Larkin agak teruk sehingga pemandangan terhad walaupun berada di bangunan tinggi.

"Hari ini lebih baik, tetapi keadaan masih kelihatan mendung, berkabus dan jarak penglihatan masih terhad walaupun bacaan kualiti udara (IPU) di Larkin dilaporkan semakin menurun.

"Diharap keadaan jerebu teruk tidak lagi berterusan kerana bimbang berlaku komplikasi penyakit salur pernafasan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari ini, bacaan IPU di Larkin adalah 83 berbanding 156 semalam.

Dalam pada itu, seorang guru yang ingin dikenali sebagai Nurul Hanisah berkata, semua aktiviti luar termasuk kelas pendidikan jasmani di sekolahnya di Larkin, diarahkan ditangguhkan sehingga keadaan jerebu pulih.

"Kami (guru) sudah mendapat arahan supaya menangguhkan semua aktiviti luar sehingga keadaan jerebu pulih.

"Melihat keadaan cuaca hari ini pun masih mendung dan berkabus dan sudah tentu kesihatan anak murid perlu diutamakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndangan-masih-kabur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.878164 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list