CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 0

[Johor] Demi ayah, ku korbankan segalanya

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Hazrat Akil mahu menjaga bapanya, Dezi Sulaiman selagi ada kudrat. FOTO Ihsan Muhammad Hazrat Akil Dezi

Kota Tinggi: Menyedari tanggungjawabnya sebagai anak sulung, Muhammad Hazrat Akil Dezi sanggup berhenti kerja sebagai pembantu teknikal di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor demi menjaga bapanya, Dezi Sulaiman yang diserang 'minor strok' sebelah kiri badan sejak Jun tahun lalu.

Berat untuk Muhammad Hazrat Akil, 22, membuat keputusan itu kerana sudah tiga tahun mencari rezeki di kilang berkenaan namun perlu berkorban kerana hanya dia boleh diharapkan untuk menguruskan bapanya yang berstatus duda.

Ia kerana adik kedua, Morleha Balqis Dezi, 20, sudah berumah tangga manakala yang bongsu, Muhammad Asif Aslami Dezi, 10, tinggal di asrama tahfiz di Apeng Timur, di sini.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Hazrat Akil berkata, bapanya berusia 57 tahun, dulu seorang yang ceria namun segalanya berubah hingga tidak dapat meneruskan perniagaan menjual peralatan solat selepas jatuh sakit.

Tiga bulan pertama, Muhammad Hazrat Akil yang menetap di Felda Apeng Barat, di sini masih bekerja malah turut melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan.

"Pada September tahun lalu, saya ambil keputusan berhenti kerana tak larat berulang alik dari Pasir Gudang ke rumah.

"Enam bulan juga saya tak bekerja selepas berhenti kerana menjaga juga menguruskan ayah di rumah serta bertahan dengan wang simpanan saja waktu itu.

"Mei lalu (tahun ini), saya kembali bekerja sebagai penghantar makanan jadi sejak itu kena bahagikan masa antara kerja dan komitmen jaga ayah," katanya.

Bercerita lanjut, Muhammad Hazrat Akil berkata, rutin hariannya bermula selepas solat Subuh dengan siapkan sarapan untuk bapanya.

"Kemudian, saya bersiap untuk kerja yang bermula jam 9 pagi hingga 7 petang dan tak risau soal ayah kerana nenek (Waginah Salim, 80) tinggal bersama kami serta ada di rumah untuk bantu tengokkan.

"Pulang kerja, saya akan ambil alih uruskan ayah termasuk mandikan, beri makan serta ubat.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan itu sebabnya saya kerja sebagai penghantar makanan kerana waktunya yang fleksibel.

"Cuma, cabarannya adalah pendapatan tak menentu dan dalam sehari, saya akan ambil RM20 saja daripada jumlah diterima, itu pun untuk beli makan dan isi minyak motosikal. Selebihnya, saya simpan untuk perbelanjaan rumah," katanya.

Berhubung video dimuat naik di TikTok, Muhammad Hazrat Akil berkata, perkongsiannya sekadar untuk dijadikan kenangan bagi tatapan akan datang.

"Saya kongsi untuk kenangan kerana kita tak tahu siapa akan pergi dahulu dan andai kata ayah, sekurang-kurangnya saya ada video sebagai kenang-kenangan.

"Kedua, saya kongsi dengan harapan mereka yang menonton doakan ayah saya kerana waktu dia diserang strok, saya menangis sebab tak pernah lihat ayah jadi begitu.

"Ayah pernah tanya saya adakah dia menyusahkan saya tapi saya tak pernah berasa begitu.

"Cuma jujurnya pernah juga hilang sabar melayan karenah ayah tapi pengalaman membantu saya pupuk kesabaran malah mental pun kena kuat andai nak jaga orang tua kerana jika tidak, memang mudah nak marah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... korbankan-segalanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list