CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 0

[Selangor] 3 suspek kes pukul tepi jalan sudah ditangkap

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular seorang lelaki dipukul tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang.

Klang: Polis mengesahkan tiga suspek yang disyaki terbabit kes pukul tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang di sini, Ahad lalu, sudah ditangkap.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan D7 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bermula 6.30 petang semalam.

"Polis menangkap tiga suspek warga tempatan yang berumur antara 28 hingga 39 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta.

"Semakan ke atas semua suspek mendapati, mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati, suspek utama yang berumur 39 tahun positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Selatan turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelas beliau, permohonan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dimohon di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Semalam, Hoong Fong dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa, seorang warga tempatan berusia 21 tahun mendakwa ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

Beliau berkata, mangsa melaporkan seorang daripada lelaki berkenaan bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-sudah-ditangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list