CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nilai, Seremban, Banting, Petaling Jaya, Cheras catat IPU tidak sihat

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDANGAN mercu tanda Kuala Lumpur kelihatan kabur berikutan jerebu, FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 156, setakat jam 9 pagi hari ini.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) itu, satu lagi bandar di Negeri Sembilan iaitu Seremban turut mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 142.

Dua stesen udara di Selangor juga mencatatkan IPU tidak sihat, masing-masing Banting (119) dan Petaling Jaya (109).

Di Kuala Lumpur, hanya stesen udara Cheras merekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 134.

Tiga stesen udara mencatatkan IPU baik iaitu di Kangar, Perlis (47), Langkawi, Kedah (50) dan Kimanis (50).

Terdapat 67 stesen udara di seluruh negara dan 59 daripadanya mencatatkan IPU sederhana, setakat 9 pagi hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tat-ipu-tidak-sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list