CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tulang belakang Lee bengkok 56 darjah

[Copy link]
Post time 3-10-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

LEE bersama ibu, Low Pei Fer dan bapanya, Lee How Han. FOTO Amirudin Sahib.

Kuala Lumpur: Lee Rui Han, tidak berpeluang merasai keseronokan alam remaja seperti rakan seusia apabila diuji dengan penyakit sakit tulang belakang, scoliosis dan hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.

Lee, 13, hanya bergerak menggunakan kerusi roda kerana tidak berdaya berjalan, malah tulang belakangnya juga semakin membengkok sehingga 56 darjah yang turut dikhuatiri boleh mengganggu pernafasannya.

Keadaan itu memerlukan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah menengah di Serendah, Selangor itu memakai alat sokongan pendakap tulang belakang yang berharga RM5,000.

Ibunya, Low Pei Fen, 46, berkata, anak tunggalnya itu dikesan mempunyai kedua-dua penyakit itu sejak dilahirkan, namun rawatan untuk sakit tulang belakang ditangguhkan kerana Lee masih terlalu kecil ketika itu dan dilahirkan tidak cukup bulan.

Menurutnya, ketika ini keadaan tulang belakang anaknya membengkok semakin ketara dan dia amat memerlukan bantuan alat sokongan berkenaan supaya keadaannya tidak bertambah serius sehingga boleh mengganggu pernafasan remaja itu.

"Sebagai ibu, hati saya sedih melihat keadaan anak kerana dia tidak mampu menjalani kehidupan seperti remaja lain tetapi saya menerima takdir ini, malah gembira rakan dan guru sentiasa membantunya di sekolah.

"Saya mahu anak mendapatkan rawatan tulang belakang segera bagi mengelakkannya berdepan kesukaran bernafas," katanya turut memberitahu anaknya sudah memasang 'shunt' di kepala pada April 2011 ketika ditemubual secara maya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, dia yang juga suri rumah dan suami, Lee How Kwen, 51, yang berkerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,500 tidak mampu menampung kos rawatan anak kesayangan mereka.

"Suami turut menjaga ibu mentua dan adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Jadi, kami berharap orang ramai sudi membantu anak kami mendapatkan rawatan alat sokongan berkenaan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dan sumbangan kepada tabung berkenaan layak mendapat pelepasan cukai.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 14010008842718 atau Maybank bernombor 514105323170 dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-bengkok-56-darjah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.264663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list