CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3490|Reply: 0

[Terengganu] 'Saya saksikan sendiri pelancong wanita Muslim pakai seluar pendek, singlet'

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

(Gambar fail) ADUN Ladang, Zuraida Md Noor. - Foto ihsan Facebook Zuraida Md Noor

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu digesa mengambil langkah lebih agresif dalam memperkasakan Garis Panduan Pelancongan, terutama membabitkan pelancong Muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor, berkata ia susulan berlaku pelanggaran etika berpakaian membabitkan pelancong wanita Muslim yang dilihat mencolok mata, seperti berseluar pendek, bersinglet dan tidak bertudung ketika berada di tempat awam.

Beliau berkata, ia jelas melanggar Garis Panduan Pelancongan yang dilancarkan bersama Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan sebelum ini, yang menetapkan pelancong wanita Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat.

"Saya menyaksikan sendiri pelancong wanita Muslim tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet, tidak bertudung. Malah, semakin ramai berani memakai pakaian mencolok mata bersiar-siar di tempat pelancongan kita.



"Di sini, terdapat dua kemungkinan sama ada masih ramai yang tidak tahu mengenai garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri, atau mereka tahu tetapi semakin berani untuk tidak patuh akibat tiada penguatkuasaan," katanya dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa pemantauan syariah dilaksanakan di seluruh negeri, termasuk di hotel, pulau, pusat peranginan, pusat hiburan dan pawagam.

Beliau menekankan, usaha itu termasuk dalam agenda dakwah Islamiah dan komitmen kerajaan negeri dalam menuju ke arah Terengganu yang maju, berkat serta sejahtera.

"Bahkan, industri pelancongan Terengganu juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Destinasi Mesra Muslim melalui Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) serta Universal Crescent Standard Center (UCSC).

"Ia pemangkin untuk memperlihatkan Terengganu sebagai koridor pelancongan Islam antarabangsa dan hab destinasi Islam global," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... pakai-seluar-pendek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list