CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3974|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Proses permohonan sijil halal dipendekkan kepada 23 hari

[Copy link]
Post time 4-10-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan supaya prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal dipermudahkan dengan keputusan wajib diberikan dalam tempoh 23 hari bekerja.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima banyak aduan bahawa kelulusan dan pengeluaran sijil halal dibuat dalam tempoh yang terlalu panjang.

"Ada yang mengadu pengeluaran sijil halal terlalu lewat sehingga mengakibatkan kelewatan dalam pengedaran produk halal untuk pasaran domestik dan luar negara'

"Malah ada yang mendakwa sijil halal dikeluarkan selepas sembilan bulan daripada tarikh permohonan dibuat.

"Hari ini, majlis membuat keputusan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) bekerjasama bagi memendekkan tempoh permohonan itu kepada 23 hari bekerja sahaja," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sebagai permulaan kepada keputusan itu, HDC serta pihak berkaitan akan melaksanakan proses permohonan baharu sijil halal menerusi 'proof of concept' (POC) membabitkan lima premis perhotelan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi melihat kelancaran proses berkenaan.

"Kita juga akan menganjurkan bengkel untuk memberi penerangan mengenai prosedur permohonan berkenaan pada 9 Oktober ini di Universiti Malaya (UM).

"Jadi saya menjemput semua pihak terutama pemegang taruh untuk hadir menyertai bengkel berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat bersetuju untuk memperkasakan diplomasi halal dengan kerjasama Kementerian Luar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mempromosikan produk halal tempatan ke luar negara.

"Kita harus keluar dari kepompong pasaran domestik, Kementerian Luar dan MITI akan perkasa diplomasi halal secara bersama.

"Jadi dalam lawatan rasmi atau kerja kelak, menteri serta Perdana Menteri akan terbabit (mempromosi) produk dan perkhidmatan halal tempatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kkan-kepada-23-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list