CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lima kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 9 pagi

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDANGAN sekitar bandaraya Georgetown kelihatan kabur akibat cuaca berjerebu. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka menjadi kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 153.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Bandaraya Melaka (146), Port Dickson (109) di Negeri Sembilan dan Batu Pahat (134) serta Tangkak (116) di Johor.

Sebanyak 51 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ihat-setakat-9-pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.082361 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list