CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3403|Reply: 0

[Kelantan] Pergerakan penduduk dari bandar besar berisiko tularkan wabak denggi

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin bersama wakil Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat menyertai gotong-royong 'One Hour Malaysia Clean Up' peringkat daerah Tumpat di Kampung Geting, Tumpat. NSTP/Siti Rohanad Idris

TUMPAT: Pergerakan penduduk yang tinggi dari bandar besar yang mencatatkan peningkatan kes denggi, terutama ketika musim cuti panjang, berisiko menyebabkan wabak itu menular di Kelantan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini turut menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.

"Keadaan hujan yang diselang-seli dengan cuaca panas yang berlaku mutakhir ini adalah keadaan yang kondusif untuk nyamuk aedes membiak.

"Pergerakan penduduk yang tinggi dari bandar besar yang sedang mengalami peningkatan kes denggi, terutama ketika cuti panjang turut menyebabkan penularan denggi di negeri ini.



"Justeru, semua pihak disarankan agar sentiasa memastikan kawasan di persekitaran kediaman bebas dari bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas perasmian program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan 'One Hour Malaysia Clean Up' peringkat daerah Tumpat di Kampung Geting, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, walaupun kematian disebabkan denggi masih kekal satu kes di negeri ini, kes yang dilaporkan tetap meningkat contohnya di Tumpat sebanyak 220 kes dicatatkan setakat tahun ini berbanding 38 kes, tahun lalu.

Katanya, menerusi program 'One Hour Malaysia Clean Up', gotong-royong atau pembersihan persekitaran membabitkan kumpulan masyarakat dilakukan secara berfokus selama satu jam di kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

"Kita harap inisiatif ini disambut baik oleh masyarakat untuk melakukan gotong-royong secara sukarela selama satu jam setiap bulan di setiap perumahan, tempat kerja, institusi pendidikan bagi menghapuskan pembiakan aedes," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, keadaan jerebu di negeri ini berada pada kadar 50 di bawah Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keadaan itu masih terkawal.
https://www.bharian.com.my/berit ... larkan-wabak-denggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.151459 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list