CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3493|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bukit Aman tahan 32 wanita asing jadi GRO

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Polis menahan 32 wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini semalam.

Penahanan kesemua wanita berusia lingkungan 18 hingga 40-an itu dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Op Bersepadu Pintas bermula pukul 9 malam itu turut disertai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Kata beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada enam wanita warga China, manakala 26 lagi merupakan warga Vietnam.

“Turut ditahan ialah dua wanita masing-masing warga China dan Vietnam berusia 51 serta 36 tahun yang disyaki sebagai ‘mummy’ selain penahanan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati rumah kedai yang diubah suai menjadi pusat hiburan itu mula aktif sejak Mei lalu.

Katanya, premis yang beroperasi di tingkat satu itu dilengkapi dengan pub dan tiga bilik karaoke.

“Dipercayai GRO yang dikendalikan oleh dua ‘mummy’ terbabit akan melayan pelanggan berhibur dan minum berdasarkan nilai tip yang diterima,” ujarnya.

Tegas beliau, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, pada operasi sama, seorang lelaki sanggup memberi pelbagai alasan bagi menyelamat seorang wanita warga Vietnam daripada ditahan.

Alasan yang digunakan lelaki berusia 40-an itu ialah dengan mengatakan wanita berkenaan orang gajinya walhal dia bekerja sebagai  GRO di kelab hiburan yang diserbu.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ita-asing-jadi-gro/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047449 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list