View: 1803|Reply: 0
|
[Terengganu]
Penganggur mengaku salah cuba rompak wanita
[Copy link]
|
|
Penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba merompak seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri. FOTO FAIZUL AZLAN RAZAK
Kuala Terengganu: Penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba merompak seorang wanita di kedai dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus di sini, 30 September lalu.
Muhammad Faiz Radzali, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan rompakan serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 31 tahun pada jam 3 petang.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera akibat ditikam dipercayai menggunakan senjata tajam di sebuah premis dobi layan diri berhampiran Kem Sri Pantai, Seberang Takir Kuala Nerus.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cuba-rompak-wanita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|