CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4149|Reply: 0

[Terengganu] 'Kadang-kadang terfikir juga hendak ke Ayden mengaku saya ibunya'

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode

Syakila (kiri), bersama anaknya dan suaminya Muhammad Azri. FOTO NAZDY HARUN.

Marang: Walaupun dilahirkan dengan fizikal lebih kecil berbanding insan normal, seorang wanita bersyukur kerana anak sulung yang dilahirkan secara pembedahan hampir dua tahun lalu kini membesar dengan sempurna.

Syakila Norazma Amira Zuharsema, 29, dari Taman Tapai Indah, Wakaf Tapai, dekat sini, berkata, tumbesaran anaknya, Muhammad Ayden Adrian Muhammad Azri, yang kini berusia setahun sembilan bulan normal seperti kanak-kanak lain.

Menurutnya, berat badan anaknya mencecah 8.5 kilogram (kg) dan dia bersyukur kerana fizikal Ayden, normal seperti kanak-kanak lain, sama ada dari segi ketinggian dan berat badan.

Katanya, ketika hamil macam-macam bermain di fikirannya terutama sama ada anaknya akan kecil seperti dirinya.

"Kadang-kadang datang juga fikiran 'bukan-bukan' seperti kalau anak sudah besar, hendak ke dia mengaku saya sebagai ibunya atau dia ingat saya kawan dia sahaja sebab saiz badan saya lebih kecil," katanya.

Syakila atau lebih dikenali sebagai Yaya berkata, kehidupannya berubah selepas dikurniakan cahaya mata dan dia kini memberi tumpuan sepenuhnya membesarkan anak sulungnya itu.

Menurutnya, kehidupannya kini luar dari kebiasaan sebab anak sudah semakin membesar dan agak lasak, malah ada kala rasa tidak mampu hendak urus sendiri.

"Namun sampai bila hendak harapkan bantuan orang lain untuk mengasuh Ayden, nak dukung Ayden memerlukan tenaga yang kuat namun saya kuatkan diri untuk buat sendiri.

"Saya cuba untuk buat yang terbaik untuk Ayden, walaupun fizikal saya tidak sehebat ibu-ibu di luar sana," katanya.

Menurutnya, dia sudah lali berdepan cemuhan dan cacian terutama membabitkan bentuk badan, namun dia yang berketinggian 118 sentimeter (cm) mengetepikan kata-kata tidak baik yang mematahkan semangatnya.

"Kata-kata negatif selalu saja ada sebab bila kita naik (dikenali ramai).

"Lebih-lebih lagi bila ramai yang kenal kita, tidak boleh lari daripada itu (cacian dan hinaan) namun kita kena kuat untuk hadapi semua itu," katanya.

Yaya berkata, dia pernah membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai, di sini, 29 September lalu apabila seorang pemilik akaun Tik Tok meninggalkan komen negatif ketika dia mengadakan jualan secara langsung secara dalam talian menerusi platform berkenaan.

Menurutnya, dia boleh terima kalau hendak kecam tapi kalau keterlaluan sehingga membabitkan soal kehormatan dirinya ia tidak boleh dikompromi.

"Ada yang boleh bergurau kita bergurau tetapi berkaitan dengan adab kita kena jaga kerana saya juga punyai perasaan," katanya yang kini seberat 22 kilogram (kg) berbanding 18 kg sebelum berkahwin.

Kisah Yaya sebelum ini pernah menarik perhatian ramai selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Azri Zaidi, 21, yang mempunyai ketinggian 154 sentimeter.

Pasangan suami isteri itu bertemu jodoh selepas mereka berkenalan menerusi permainan dalam talian PUBG sebelum berakhir ke jinjang pelamin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mengaku-saya-ibunya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.205411 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list