View: 4180|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kubur pemuda Orang Asli diletak cerucuk buluh elak harimau cari mayat
[Copy link]
|
|
Cerucuk buluh di pacak di atas kubur mangsa untuk mengelakkan harimau terbabit terus mencari mayat mangsa. FOTO Ihsan Penduduk
Gua Musang: Jenazah pemuda Orang Asli yang maut dibaham harimau di Kampung Perwer, Pos Pasik, di sini, selamat dikebumikan, hari ini.
Mangsa, Pisie Amud, 25, yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak itu dikebumikan secara Islam pada 1.30 tengah hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman, berkata urusan pengebumian turut dihadiri penduduk kampung bagi memberikan penghormatan terakhir.
"Jenazah dikebumikan secara Islam dan cara pengebumian agak berbeza sedikit berbanding kematian biasa.
"Cerucuk buluh yang tajam diletakkan di sekitar kubur mangsa untuk mengelakkan harimau belang terbabit terus mencari mayat mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Sani berkata, penduduk masih hidup dalam ketakutan kerana haiwan liar itu dipercayai masih berkeliaran di kawasan terbabit.
Katanya, dia berharap harimau belang dewasa yang dianggarkan mempunyai ketinggian separas pinggang itu dapat ditangkap dengan segera.
"Saya harap kejadian ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain dan berharap binatang buas ini dapat ditangkap dengan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harimau-cari-mayat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|