CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu harta intelek, usahawan tempatan kurang minat?

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

Kuala Lumpur: Tahap kesedaran usahawan tempatan lebih rendah berbanding usahawan asing dalam usaha memohon daftar harta intelek mereka di negara ini.

Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain, berkata permohonan harta intelek tempatan sebanyak 121,119 berbanding harta intelek asing, 198,675 permohonan direkodkan MyIPO sejak 2018 sehingga Ogos 2023.

Dalam tempoh sama katanya, sebanyak 78,469 pendaftaran harta intelek diterima daripada usahawan tempatan berbanding 149,964 pendaftaran daripada usahawan asing.

"Kesedaran usahawan tempatan untuk melindungi harta intelek mereka masih rendah kerana wujud persepsi seperti kos proses yang mahal dan ia tidak penting.

"Hakikatnya, kos permohonan tidak mahal dengan jaminan perlindungan 10 tahun dan sebenarnya ia amat penting bagi mengelakkan hasil usaha mereka diciplak," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka MyIPO di Menara MyIPO di sini semalam.

Jelas Mohd Zuhan, kos untuk mendaftar harta intelek bagi cap dagangan hanya memakan kos RM200 sahaja untuk tempoh masa 10 tahun.

"Untuk mendaftar paten hanya memakan kos sebanyak RM950 untuk tempoh masa 50 tahun dan yang lain-lain hanya sekitar RM1,000 sahaja. Ia tidak mahal jika mahu bandingkan dengan produk yang mereka niagakan.

"MyIPO juga akan memohon kepada kerajaan untuk memberikan lebih banyak geran bagi meningkatkan pendaftaran sehingga 30 peratus daripada jumlah mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.

Katanya, MyIPO akan terus membantu pemain industri atau usahawan untuk melindungi idea dan kreativiti mereka sekali gus dapat meningkatkan pendapatan serta ekonomi mereka.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, MyIPO turut mengadakan hari terbuka sempena sambutan ulang tahun MyIPO yang ke 20 bagi menandakan dua dekat komitmen dan usaha pentadbiran serta pembangunan sistem harta intelek Malaysia.

Mohd Zuhan berkata, sambutan berkenaan sekali gus memberi peluang kepada pemegang taruh dan masyarakat umum untuk mengenali MyIPO dengan lebih dekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpatan-kurang-minat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.244542 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list