View: 554|Reply: 0
|
[Terengganu]
Penduduk terawal Pulau Redang dapat MyKad baharu
[Copy link]
|
|
RJ Abdullah (tengah) melihat MyKad baharu miliknya bersama Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir (kanan). FOTO Zaid Salim
Kuala Nerus: Warga emas Rj Abdullah Rj Husain, 77, adalah antara 19 penduduk Kampung Baru, Pulau Redang yang menerima kad pengenalan (MyKad) baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).
Lelaki berkenaan yang menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan antara penduduk terawal yang mendiami pulau berkenaan.
Ketika ditemui, berdasarkan riak air muka jelas membayangkan rasa gembira warga emas berkenaan apabila menerima kad identiti diri itu.
Menantunya, Siti Zaharah Khalid, 29, yang juga penerima kad berkenaan berkata, keadaan bapa mentuanya tidak sihat dan dia amat bersyukur menerima kad pengenalan terbabit.
"Program berkenaan banyak membantu memudahkan urusan kami termasuk bapa mentua untuk memohon kad pengenalan baharu.
"Pada masa sama, program berkenaan sangat bagus kerana ia menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu keluar ke tanah besar, tambahan pulak keadaan kesihatan dia yang tidak mengizinkan," katanya.
Siti Zaharah berkata demikian ketika ditemui selepas Program Mekar Komuniti: Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Pulau Redang, di sini, semalam.
Majlis penyerahan MyKad berkenaan disampaikan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.
Penerima lain Mohd Nasir Mat Sam, 47, berkata dia bersyukur apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) datang ke pulau ini untuk membuat urusan permohonan dan serahan MyKad kepada pemohon.
Menurutnya, program berkenaan dapat membantu menjimatkan kos untuk keluar ke Kuala Terengganu.
"Setiap kali keluar ke bandar (Kuala Terengganu) saya perlu berbelanja lebih RM200 tidak termasuk kos bermalam sekiranya urusan di bandar belum selesai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dapat-mykad-baharu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|