CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 0

[Selangor] Cheras masih catat rekod IPU tidak sihat tertinggi

[Copy link]
Post time 9-10-2023 06:33 PM | Show all posts |Read mode

Pemandangan ibu kota pada pukul 6 petang semalam yang terjejas akibat jerebu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Kualiti udara di sembilan daripada 68 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat jam 5 petang tadi.

Berdasarkan maklumat di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras, Kuala Lumpur masih merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 162 diikuti Banting, Selangor dan Bukit Rambai Melaka (155).

Dua lagi kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Klang dan Shah Alam dengan bacaan 152, manakala di Johan Setia (MCAQM) merekodkan 151.

Selain itu, Petaling Jaya, Selangor mencatatkan 125, Batu Pahat, Johor (134), Nilai dan Negeri Sembilan (133) turut mencatatkan bacaan tidak sihat.

Sebelum ini sebanyak lapan stesen merekodkan bacaan IPU tidak sihat pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, hanya dua stesen mencatatkan bacaan IPU tahap baik iaitu Kimanis, Sabah dan Sri Aman, Sarawak dengan bacaan masing-masing 48 dan 43 berbanding empat stesen pagi tadi, manakala kawasan lain masih merekodkan kategori sederhana.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dak-sihat-tertinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045577 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list