CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2628|Reply: 0

[Kelantan] Kemalangan ragut impian Azwan bergelar jurutera

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Azwan yang tidak dapat menguruskan diri serta berjalan disebabkan kesan kemalangan jalan raya yang dialaminya 14 tahun lalu sehingga memusnahkan impiannya untuk bergelar seorang jurutera. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Tanah Merah: Kemalangan jalan raya yang berlaku 14 tahun lalu meranapkan terus impian Mohd Azwan Mat Ali untuk bergelar seorang jurutera.

Ketika kejadian, Mohd Azwan, 33, baru tahun pertama di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan kesan kemalangan itu menyebabkannya kini sukar bergerak, tidak dapat berjalan dan ingatan kerap terganggu selain sering diserang sawan.

Ibunya, Bidah Husin, 76, berkata, dalam kemalangan yang berlaku di kampung halaman mereka di Jeli itu, Mohd Azwan ketika itu berusia 19 tahun dikejarkan di hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selama hampir sebulan.

"Walaupun tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk, ada darah beku dalam kepala Azwan dan dia menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian.

"Selepas beberapa tahun, tempurung kepalanya dipasang semula dan selepas itu timbul sedikit demi sedikit kesan terhadap Azwan sehinggalah keadaannya seperti sekarang," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Siam di sini.

Buat masa sekarang, Bidah dan Mohd Azwan yang juga anak bongsu dari tujuh beradik menumpang di kediaman seorang daripada anaknya di Kampung Padang Siam, di sini, untuk memudahkan pergerakan mereka bagi urusan janji temu di Hospital USM.

Bidah berkata, setiap hari dia berdoa supaya ada kesembuhan buat Mohd Azwan agar dapat menguruskan diri sendiri sekali gus memberi kelegaan buatnya jika dia sudah tiada suatu hari nanti.

"Sebelum ini, saya tinggal berdua dengan Azwan di Kampung Pasir Dusun, Jeli dan lima tahun kebelakangan ini sahaja baru menumpang anak perempuan yang juga seorang ibu tunggal dua anak memandangkan saya semakin berusia dan tidak mampu menguruskan Azwan berseorangan.

"Masih lagi terbayang kegembiraan di wajah Azwan ketika dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminatinya suatu ketika dulu tetapi segalanya musnah apabila ditimpa musibah ini.

"Sebelum ini, kami berharap kepadanya agar dapat menjadi kebanggaan sekali gus membantu keluarga suatu hari nanti tapi apakan daya, Allah menguji kami sebegini...kami reda," katanya.

Bidah berkata, Mohd Azwan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan untuk kelangsungan hidup, mereka berdua juga ada dibantu anak yang lain sekadar termampu.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang diketuai pengerusinya, Pui Tiong Lam yang hadir menyampaikan sumbangan barangan makanan dan lampin pakai buang.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Bidah di talian 014-5150127.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-bergelar-jurutera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list