CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 0

[Kelantan] Penganggur didakwa miliki senapang angin

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) diringi oleh anggota polis semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Seksyen Kota Bharu,Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN



KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki selaras senapang angin tanpa kebenaran sah pada Februari lalu.

Tertuduh, Mat Ruzi Mat Ali,51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki selaras senapang angin di sebuah stor di Kampung Gong Kemuntong Jelor, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 17 Februari lalu.

Mat Ruzi didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman maksimum penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 secara spesifik telah memperuntukan bahawa seseorang yang didakwa atas kesalahan itu tidak boleh dibenarkan jaminan.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... iki-senapang-angin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035393 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list