|
Lipis: Bekas 'homeguard' (pengawal kampung) dipercayai tertua di Malaysia, Ariffin Mat Deris, meninggal dunia pada usia 114 tahun di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit, dekat sini, jam 5.30 petang semalam.
Ariffin meninggal di rumah anaknya, Zulkifli, akibat sakit tua di hadapan semua anak dan cucunya.
Zulkifli berkata, sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapanya masih boleh bercakap sebelum tiba-tiba pengsan dan meninggal.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis dan penduduk kampung yang membantu menyempurnakan pengebumian arwah bapa.
"Setinggi-tinggi terima kasih kepada IPD Lipis yang sentiasa cakna dengan arwah bapa saya dan menjadikan arwah dan Kampung Tanjung Buluh sebagai kampung angkat polis daerah," katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Buluh, malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, Ariffin dijadikan anggota keluarga angkat IPD Lipis bagi mengenang jasanya ketika berkhidmat sebagai homeguard.
Katanya, Ariffin yang mesra disapa Chik, bertugas sebagai homeguard antara 1948 hingga 1959 di Kampung Banggul Cik Wan, Pasir Mas, Kelantan.
"Arwah antara bekas homeguard tertua di Malaysia selain empat sahabatnya yang berusia 80 hingga 100 tahun serta tinggal di Kampung Tanjong Buluh, Lipis.
"Mereka adalah pejuang keselamatan pada era pengganas komunis bermaharajalela. Oleh itu, kami jadikan mereka sebagai anggota keluarga angkat IPD Lipis," katanya di Tanjong Buloh.
Jenazah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Buluh dan pengebumian turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis Idros Ismail dan Pegawai Pentadbiran Hal Ehwal Awam Inspektor Mohamad Khairul Anam Ismail, jam 10 malam.
Anak anak menyiram air mawar di kubor arwah Arifin Deris , homeguard tertua di negara ini selepas dikebumikan di tanah perkuburan Tanjung Buluh malam tadi. FOTO ROSELAN AB MALEK
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hun-meninggal-dunia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|