CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2644|Reply: 0

[Kelantan] Datuk didakwa guna dokumen palsu tipu usahawan RM665,000

[Copy link]
Post time 11-10-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah syarikat swasta, Datuk Muhammad Syafiq Pubalan Abdullah, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat tuduhan menipu usahawan wanita kerugian RM665,000, tiga tahun lalu. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta bergelar Datuk, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas empat tuduhan menipu seorang usahawan wanita sehingga menyebabkan mangsa kerugian wang RM665,000 tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Syafiq Pubalan Abdullah, 38, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu sejurus dikemukakan di hadapan Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu Noor Haslina Abdullah, 52, dengan memperdaya menggunakan dokumen palsu syarikat, Top Glove dan Hartalega, untuk membuat tempahan sarung tangan getah yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM45,000 ke dalam sebuah akaun bank.

Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa menipu mangsa sama dengan memperdaya wanita itu membuat tempahan dan bayaran sebanyak lima peratus deposit untuk 20,000 kotak sarung tangan jenama Top Glove yang tidak wujud dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang RM31,000.



Dua lagi pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu mangsa yang sama dengan memperdaya wanita itu membuat bayaran untuk tempahan sarung tangan masing-masing RM310,000 dan RM279,000.

Keempat-empat perbuatan itu dilakukan di Akademi Memandu KIST, Kandis, dekat Bachok antara 27 Mei 2020 hingga 10 Julai 2020.

Dia didakwa melakukan setiap kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Taufikrullah Rusli dan Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Terdahulu, Abu Arsalna mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM100,000 dan peguam bela mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada anak guamnya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berit ... u-usahawan-rm665000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043952 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list