CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 0

[Terengganu] Mahkamah: Dipenjara 4 bulan kerana bakar al-Quran, sejadah

[Copy link]
Post time 11-10-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Ridzuan (tengah) dihukum penjara empat bulan kerana membakar naskhah al-Quran dan sejadah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan biadab seorang pengutip barang terpakai membakar naskhah al-Quran dan sejadah pada empat bulan lalu berbalas apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd. Ridzuan Mohd. Kamal, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan harta milik sebuah masjid iaitu empat naskah al-Quran dan tiga helai sejadah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan bersebelahan sebuah pusat hemodialisis di Kampung Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 10.30 pagi, 12 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Adila Mohd. Nasir yang mewakili Mohd. Ridzuan dalam rayuannya memohon agar hukuma terhadap anak guamnya diringankan berdasarkan laporan psikiatri dari Hospital Permai, Johor Bahru menunjukkan tertuduh menghidap skizofrenia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... r-al-quran-sejadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list