CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan Negeri Sembilan sokong cadangan bina pelabuhan mini di PD

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:24 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju dan memberikan sokongan kepada pembinaan sebuah pelabuhan mini di Port Dickson.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada sebarang kelulusan mengenai perkara tersebut dan ia masih di peringkat cadangan.

“Ia masih diperingkat cadangan dan kerajaan negeri memberi sokongan kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Lokasinya di Port Dickson namun belum boleh diputuskan di mana.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerajaan negeri menyokong untuk pihak kementerian bersetuju dan kita akan tunggu pihak syarikat tersebut mengumumkannya, ia melibatkan sebuah syarikat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Terdahulu, semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja, Anthony Loke Siew Fook (PH-Chennah) yang juga Menteri Pengangkutan memaklumkan terdapat sebuah syarikat swasta yang berminat untuk membina sebuah pelabuhan mini di Port Dickson.

“Mereka telah bentang kepada pihak Kementerian Pengangkutan, tetapi kami telah meminta mereka untuk terlebih dahulu untuk mendapat sokongan kepada pihak kerajaan negeri dan merujuk perkara ini kepada Pejabat Menteri Besar serta Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

“Saya memohon kepada pihak Menteri Besar dan juga UPEN untuk melihat kepada kertas cadangan ini adakah ia bersesuaian dengan Negeri Sembilan, sekiranya kerajaan negeri berikan sokongan secara prinsip maka di pihak Kementerian Pengangkutan akan berikan kemudahan untuk membantu merealisasikan projek ini.

“Sudah tentu ia akan tertakluk kepada kajian-kajian teknikal dan fizikal bagi melihat kesesuaiannya, termasuk kajian alam sekitar. Sekiranya projek ini dapat direalisasikan, ia merupakan satu nilai tambah kepada Negeri Sembilan dan jika ada infrastruktur seperti ini, ia dapat menarik minat syarikat-syarikat pelaburan dan perindustrian untuk membina kilang mereka di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) ketika mencelah, turut menyokong dengan cadangan pembinaan kemudahan tersebut namun berharap pelabuhan itu turut menjadi feeder port kepada kapal yang terlah berurusan di pelabuhan berhampiran selain menjadi port on call kepada kapal-kapal tentera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.073151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list