CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3499|Reply: 0

Mohd Azman Pengarah JSPT, Nik Ezanee ke Cawangan Khas

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang baharu.

Beliau mengepalai jabatan itu susulan persaraan wajib bekas Pengarah JSPT Datuk Seri Mat Kasim Karim pada 29 September lalu.

Pegawai kanan lain yang turut ditukarkan, antaranya Ketua Penolong Pengarah (Pendataan/Analisa) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee yang sebelum ini pernah mencuri perhatian ketika menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ditukarkan ke Cawangan Khas sebagai Penolong Pengarah Bahagian E8 Bukit Aman menggantikan Senior Asisten Komisioner Azman Omar.

Selain itu, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Polis Perlis yang baharu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus dilantik sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman.

Pertukaran terkini itu diumumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataan hari ini.

"Pertukaran membabitkan 23 pegawai kanan berkuat kuasa hari ini (Jumaat)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ee-ke-cawangan-khas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.424175 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list