View: 3357|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lapor pihak berkuasa jika ingin ke luar negara
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Gua Musang: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin ke luar negara supaya melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin ke luar negara diminta lebih berhati-hati dan melaporkan pergerakan mereka ke negara lain.
"Saya fikir ada nasihat yang diberikan dan menyeru supaya nasihat ini diikuti.
"Kepada mereka yang mahu ke luar negara haruslah memberitahu pihak berkuasa terlebih dulu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini atau yang semacam ini (kes diculik dan dijual) daripada berlaku," katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023, di Taman Etnobotani, di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai seorang pemuda dan wanita diculik dan dijual kepada pusat penipuan di Laukkaing, Myanmar, di mana mereka ditahan selama dua minggu.
Mangsa, yang dikenali sebagai David (bukan nama sebenar) mendakwa seseorang dalam kumpulan rakan WhatsApp yang disertainya mengusulkan satu peluang perniagaan sambil bercuti di Chiang Mai, Thailand.
Lebih mengujakan, individu itu yang David anggap 'sekadar kenalan' turut menawarkan untuk menanggung kos perjalanannya dan seorang rakan lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngin-ke-luar-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|