View: 5157|Reply: 0
|
[Johor]
'Veteran ATM boleh dipilih jadi jurulatih PLKN'
[Copy link]
|
|
Ahmad (dua kiri) menyerahkan kunci rumah baharu di bawah inisiatif Perumahan Veteran ATM di Parit Daing Perandang, Mukim Ayer Baloi, hari ini. NSTP/OMAR AHMAD
PONTIAN: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh dipilih menjadi jurulatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal dilaksanakan di kem Rejimen Askar Wataniah.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pengalaman luas dan kepakaran dimiliki veteran ATM boleh dimanfaatkan bagi membantu kelancaran program PKLN.
Ahmad yang juga Ahli Majlis Veteran Kebangsaan berkata, kerajaan turut membuka peluang pekerjaan menerusi pengumuman penambahan anggota renjer kepada 2,000 orang dengan melantik veteran ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Orang Asli dan komuniti setempat.
"Cadangan melantik jurulatih PKLN dalam kalangan veteran ATM amat baik kerana ia boleh membantu kelancaran program itu mengikut pengalaman yang mereka miliki.
"Selain itu 2,000 lantikan untuk renjer turut dibuka kepada veteran ATM," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM peringkat negeri di Mukim Ayer Baloi, di sini, hari ini.
Pada 9 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju meneruskan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan menambah bilangan renjer komuniti kepada 2,000 orang berbanding 1,000 orang tahun ini bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM60 juta diperuntukkan dengan tumpuan melantik renjer daripada kalangan veteran ATM, PDRM, Orang Asli dan komuniti setempat.
https://www.bharian.com.my/berit ... jadi-jurulatih-plkn |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|