CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5608|Reply: 0

[Johor] Pujuk anak minum teh o dan air suam akibat tiada wang

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

SITI Nurfarahim menerima sumbangan daripada Mas Imran (dua kanan) dan Mohd Nasir (kiri). FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Saya terpaksa pujuk anak minum teh o dan air suam ketika terputus bekalan susu selama hampir seminggu lalu," kata ibu tunggal, Siti Nurfarahim Abdullah, 29, di Flat di Taman Pulai di Skudai di sini.

Siti Nurfarahim berkata, sejak sebulan lalu dia hanya bergantung kepada upah harian RM10 dengan membantu rakan melakukan kerja kelim karipap di rumah.

Menurutnya, sebelum ini dia membantu sepupunya memasak tempahan juadah sarapan pagi serta menerima upah harian RM40 hingga RM50.

Katanya, bagaimanapun selepas sepupunya berhenti berniaga menjual makanan, dia kehilangan sumber pendapatan itu sebelum menerima tawaran kerja sambilan kelim karipap dengan upah harian RM10.

"Buat masa ini, saya tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga tiga anak berusia antara tiga hingga lima tahun dan kebiasaannya saya meluangkan masa tiga jam untuk kelim karipap pada waktu malam.

"Dengan sumber pendapatan harian ini, saya hanya mampu menampung kos membeli barangan dapur bagi kegunaan harian dan tidak mampu membayar sewa rumah RM550.

"Saya membeli barang basah termasuk ikan mahupun telur dengan kuantiti yang sedikit kerana bimbang duit tidak mencukupi.

"Malah sejak seminggu saya hanya membancuh teh o untuk anak selain air suam kerana tidak mempunyai wang membeli susu," katanya yang menambah anak sulung lelaki dan anak kedua perempuan berusia 11 dan 9 tahun tinggal bersama bekas suami.

Wanita itu ditemui ketika menerima kunjungandaripada wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam.

Siti Nurfarahim berkata, dia juga menangguh perancangan menjual karipap sejuk beku kerana kediamannya tidak memiliki sebarang kelengkapan termasuk peti ais.

Menurutnya, selama hampir setahun, anaknya juga hanya berhibur dengan telefon bimbit kerana dia masih tidak berkemampuan membeli televisyen.

"Rumah ini kosong, tiada sebarang kemudahan termasuk kerusi atau meja.

"Saya berasal dari Kelantan dan menetapkan di Puchong, Selangor bersama bekas suami selama 12 tahun dan selama itu saya juga tiada pengalaman bekerja.

"Selepas berpisah pada Jun tahun lalu, saya berpindah ke flat ini bagi memulakan kehidupan baru," katanya.

Sementara itu, Mas Imran berkata, pihaknya menyalurkan sumbangan barangan elektrik dan keperluan dapur bernilai RM1,200 kepada keluarga berkenaan.

"Kami berharap sumbangan ini mampu meringankan beban keluarga ibu tunggal itu," katanya.

Mohd Nasir pula berkata, pihaknya menyampaikan sejumlah bantuan segera kepada keluarga itu selain mencadangkan bantuan sara hidup serta barangan kelengkapan bagi membolehkannya wanita itu berniaga.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Siti Nurfarahim di 1099541100275957

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-akibat-tiada-wang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.121989 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list