View: 4455|Reply: 0
|
[Johor]
Diminta bayar RM72,000 jika mahu anak pulang ke Johor
[Copy link]
|
|
FOTO hiasan
Iskandar Puteri: Seorang lelaki warga tempatan dari Masai, Johor Bahru kini terkandas di Myanmar apabila menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya itu pada mulanya ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang.
"Rabu lalu, mangsa dikatakan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana mendakwa mendapat tawaran pekerjaan di sana.
"Ibu mangsa memberitahu, keesokannya, mangsa menghubunginya dan memaklumkan seorang rakan membawa anaknya itu ke Bangkok, Thailand sebelum dibawa ke Myanmar," katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brothers Motor 3.0 : Safety Ride di Lebuh Medini di sini, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, mangsa memaklumkan bahawa sindiket berkenaan meminta dia membayar RM72,000 sekiranya ingin pulang semula ke Johor.
Susulan laporan polis itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan meminta bantuan Bukit Aman serta Pertubuhan/Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dalam mengendalikan kes berkenaan sekali gus membantu membawa pulang lelaki berusia 33 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nak-pulang-ke-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|