CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3905|Reply: 0

[Terengganu] Bekas jurulatih lepas, bebas pertuduhan sebabkan kematian dengan niat

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

ZAMIL (tiga kiri) bersama keluarga dan barisan peguam selepas mendengar keputusan di Mahkamah Sesyen. FOTO ihsan keluarga Zamil Ahmad Murad

Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu daripada pertuduhan menyebabkan kematian dengan niat terhadap seorang lelaki, 13 tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkankeraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.

Peguam tertuduh, Rahmat Hazlan berkata, 21 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk anak guam, Zamil Ahmad Murad, 62, dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula pada 7 Disember 2020 hingga 6 Ogos 2023.

Katanya, keputusan mahkamah melepaskan anak guamnya dilakukan selepas berpuas hati tindakan itu adalah untuk mempertahankan diri selepas diserang menggunakan pisau rambo.

"Mahkamah berpuas hati dan menerima pembelaan anak guam kami bahawa tindakan beliau adalah untuk mempertahankan diri apabila diserang.

"Mahkamah juga berpendapat bahawa saksi pakar patologi, Datuk Dr Zahari Nortelah memberi keterangan semasa pemeriksaan balas bahawa kecederaan si mati adalah konsisten dengan pembelaan tertuduh," katanya.

Mengikut pertuduhan, Zamil didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan semak di belakang rumah di Gong Badak, Kuala Nerus antara 4.15 petang hingga 4.30 petang pada 1 Februari 2010.

Zamil yang didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Zamil diwakili peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.

Dalam kejadian pada 1 Februari 2010, seorang lelaki ditembak mati selepas cuba memecah masuk ke rumah jurulatih menembak MSN itu melalui pintu belakang.

Jurulatih terbabit yang berada di pusat latihan menembak pulang ke rumahnya selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ematian-dengan-niat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.248485 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list