View: 477|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
ATM nafi hantar batalion ke Palestin
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video yang dimuat naik di Tiktok mendakwa satu batalion digerakkan Angkatan Tentera Malaysia untuk ke Palestin.
Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan pembabitannya ke Palestin seperti yang ditularkan di media sosial hari ini.
Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi satu minit 36 saat yang disiarkan di platform Tik Tok menerusi akaun milik adamjohan64 (@adamofficial64).
"ATM sudah meneliti kandungan video berkenaan dan mendapati ia video lama mengenai anggota ATM yang ditugaskan ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada 2022.
"Justeru, ATM menafikan kandungan video tular berkenaan dan mengesahkan ia adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Menurutnya, masyarakat diminta supaya tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
"Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.
Video yang dimuat naik individu berkenaan meraih lebih 1.4 juta tontonan memaparkan penghantaran satu batalion.
Individu berkenaan turut memuat naik keterangan video 'kita doakan perwira kita selamat pergi dan selamat pulang. Satu batalion sudah siap sedia (anggaran 10,000 anggota otw (dalam perjalanan) ke Palestin'.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atalion-ke-palestin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|