CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tidur bersandar kerana hidap asma kronik

[Copy link]
Post time 16-10-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

HALILAH (tengah) bersama suami dan anak tunggalnya yang berusia lima tahun ketika ditemui di rumah mereka di Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Seorang wanita buntu memikirkan masa depan anak tunggalnya selepas penya­kit asma yang dihidapi sejak 2004 semakin kronik selain nafas kerap berhenti ketika tidur sekali gus menyukarkannya untuk be­kerja menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Halilah Md. Daud, 41, berkata, setiap hari dia terpaksa tidur dalam keadaan bersandar dan tidak dapat melelapkan mata disebabkan masalah pernafasan yang akan berhenti secara tiba-tiba.

Menurut wanita itu, dia dima­sukkan ke Hospital Rembau pada 22 September lalu disebabkan masalah pernafasan yang tidak normal sebelum didiagnosis menghidap Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu gangguan pernafasan ketika tidur.

“Doktor melakukan ujian tidur untuk menentukan punca OSA dan bentuk rawatan bersesuaian. Buat masa ini saya bergantung dengan inhaler dan mesin penyedut gas.

“Saya masih meneruskan ra­watan sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Widuri Indah, Sena­wang di sini baru-baru ini.

Cerita wanita itu, penyakit asma dihidapinya bertambah teruk ketika hamil pada 2018 dan kemuncaknya sewaktu fasa Perin­tah Kawalan Pergerakan disebabkan keadaan udara atau habuk pada Mac 2020 sehingga sekarang.

Lebih merisaukan, suaminya, Jefri Din Jayakumaran Abdullah, 67, menghidap penyakit jantung kronik dan kerap pengsan menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan untuk menyara anak tunggal, Muhammad Ariff yang berusia lima tahun.

Pasangan itu kini bergantung dengan bantuan asnaf Baitulmal sebanyak RM450 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.

“Duit itu digunakan untuk membayar sewa rumah seba­nyak RM500 sebulan, bil elektrik dan air. Jika diikutkan tidak cukup kerana kos rawatan kesihatan kami berdua termasuk pengangkutan ke hospital lebih kurang RM1,500 sebulan.

“Malah, sewa rumah juga sudah tertunggak hampir tiga bulan, mujur tuan rumah memahami,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Halilah di talian 011-1143 8547 atau membuat sumbangan menerusi Bank Simpanan Nasional bernombor 0511241000030574.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -hidap-asma-kronik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list