View: 452|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Rata-rata ibu bapa bagi 'lampu hijau' pelaksanaan semula PLKN
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menggunakan pendekatan berbeza mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa.
Seorang pesara polis, Nor Hasim Zainal Abidin, 63, berkata PLKN perlu dilaksanakan semula untuk meningkatkan motivasi anak muda yang mudah terpengaruh dengan anasir luar.
"Sebagai ibu bapa, saya sangat setuju PLKN kembali dilaksanakan demi membina jati diri anak-anak.
"Tiada ketidaksamaan jantina dalam melaksanakan kembali program PLKN kerana setiap orang harus mempunyai keyakinan diri.
"Latihan yang berbeza boleh memberi pengalaman baharu kepada golongan belia," katanya.
Sementara, suri rumah, Azlina Arifin, 48, berkata, pelaksanaan PLKN ini mungkin tidak berkesan sepenuhnya jika dilaksanakan dalam masa sangat singkat.
"Pendekatan secara fizikal yang bakal ditetapkan dalam modul kali ini mungkin kurang sesuai bagi memupuk sifat disiplin kepada mereka yang bermasalah.
"Tidak semua peserta serasi dengan penggunaan konsep ketenteraan dan perkara ini juga perlu diambil kira terutama keadaan fizikal mereka.
"Pada saya, penerapan agama patut diutamakan berbanding penggunaan modul ketenteraan (90 peratus) dan kenegaraan (10 peratus)," katanya.
Bagi Azlina, pemilihan peserta juga perlu dilakukan dengan sukarela dan minat mereka terhadap konsep ketenteraan.
Katanya, masa yang ditetapkan iaitu selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga dapat membantu peserta mencari hala tuju selepas habis belajar.
"Objektif utama pelaksanaan PLKN juga perlu merangkumi pelbagai aspek bukan hanya disiplin, tetap sifat saling menghormati dan membentuk sahsiah diri anak muda," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pelaksanaan semula PLKN dengan pembaharuan dan penambahbaikan sebagai platform membentuk sikap patriotik dalam kalangan remaja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ksanaan-semula-plkn |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|