CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1079|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 5 sektor keutamaan penggunaan AI

[Copy link]
Post time 17-10-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah), dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (dua, kiri), hadir Program UK-Malaysia Artificial Intelligence (AI) Conference 2023, di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi fokus terhadap lima bidang utama membabitkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Ia membabitkan bidang pertanian dan perhutanan; pendidikan; perubatan dan penjagaan kesihatan; bandar pintar dan pengangkutan; dan perkhidmatan awam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, pelan hala tuju AI nasional itu daripada Malaysia Grand Challenges (MGC) dan National Socio-Economic Drivers (Kebangsaan Pemacu Sosio-Ekonomi) yang juga Rangka Kerja MySTIE.

"Bagi mengoptimumkan keuntungan dan meminimumkan kecuaian, AI memberi fokus dalam operasi pertanian dan perhutanan di mana aplikasi AI digunakan dalam operasi perladangan dan rantaian bekalan minyak sawit.

"Dalam bidang pendidikan, pembelajaran berasaskan AI juga akan menggunakan penilaian automatik bagi memudahkan keputusan pelajar dimuat naik oleh guru dan memudahkan pelajar. Bidang perubatan pula, AI membantu dalam menangani senarai pesakit dan memudahkan pencarian dalam data farmasi dan perubatan.

"Selaras dengan Akta Kecekapan Tenaga dan Pemuliharaan yang diluluskan oleh parlimen minggu lalu, demi mencapai penjimatan tenaga, AI digunakan dalam bandar pintar di mana instrumen bagi memantau persekitaran bangunan dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kecerdasan Buatan (AI) United Kingdom - Malaysia (UK-MY AI Conference), di Connexion Conference & Event Centre, di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Andrew Bowes.

Beliau berkata, ruang komunikasi AI bagi portal kerajaan iaitu Pentadbiran Malaysia Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal dibangunkan untuk penyampaian perkhidmatan awam yang automatik dan lebih baik.

Menurutnya, MOSTI berharap program ini akan menjana kesedaran dan maklum balas dalam kalangan negara yang mengambil bahagian untuk membolehkan maklum balas terbuka.

"Program ini juga menjangkakan pengukuhan rangkaian antara UK dan dasar Malaysia, ahli akademik dan rakan kongsi industri. Kita mulakan perjalanan ini bersama-sama, memanfaatkan potensi AI untuk membina masa depan negara lebih cerah seterusnya di peringkat global," katanya.

Persidangan yang bertemakan teknologi kecerdasan buatan adalah kerjasama bersama MOSTI dan Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur.

Pada masa sama, persidangan itu memberikan fokus pada perbincangan berkaitan AI yang juga ditekankan dalam dokumen Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 dan United Kingdom International Technology Strategy (ITS).

Hampir 300 peserta terbabit dalam persidangan yang turut membabitkan wakil kerajaan, akademia, industri dan persatuan di Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amaan-penggunaan-ai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.319331 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list