Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi kuat di Kepulauan Andreanof, Kepulauan Aleutian pada 7.35, malam tadi.
Gempa 6.4 magnitud itu berlaku pada kedalaman 181 kilometer di koordinat 52.5 darjah utara, 176.8 darjah barat dengan jarak 1,642km timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Russia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.
|