CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 0

[Melaka] 97.96 gram heroin ditemukan dalam najis banduan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Melaka: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 28 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, tadi, atas tiga pertuduhan memiliki dadah di Penjara Sungai Udang, Jun lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shah Rizman Razali, 30, selepas menerima pengakuan bersalah dan mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan serta meneliti fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.

Dalam penghakimannya beliau bertanya tertuduh "Kamu makan dadah ini? Dadah dijumpai dalam najis kamu" dan dijawab 'Ya' oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati memiliki dadah berbahaya jenis heroin berat bersih 1.25 gram dan monoacetylmorphines (0.75 gram).

Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Semua kesalahan itu dilakukan di tandas Base Unit Kawalan Pencegahan (UKP), Sungai Udang pada 22 Jun 2023, jam 5.25 petang.

Bagi pertuduhan ketiga pada tarikh, masa dan di tempat sama, dia didakwa memiliki dadah berbahaya kanabis berat bersih 29.01 gram.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun serta sebatan minimum tiga kali atau maksimum sembilan kali.

Mengikut fakta kes, laporan dibuat oleh sarjan penjara berhubung tangkapan barang larangan disyaki dadah dan hasil pemeriksaan imbasan badan tertuduh oleh wadar bertugas didapati mencurigakan.

Tertuduh kemudian dibawa ke Base UKP bagi proses membuang air besar dan mengeluarkan 18 ketulan mampat iaitu 13 berisi serbuk putih dibalut salotip warna merah disyaki dadah heroin anggaran berat 97.96 gram.

Lima ketulan mampat lagi berisi daun kering dibalot salotip warna hijau serta plastik lutsinar disyaki dadah 'mushrooms' anggaran berat 38.44 gram.

Dadah yang dirampas dihantar untuk analisa di Jabatan Kimia Bukit Katil yang mengesahkan 13 ketulan mampat berisi 1.25 gram heroin dan 0.75 gram monoacetylmorphines manakala baki lima ketulan berisi 29.01 gram kanabis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana cuba menyeludup dadah ke dalam penjara.

Tertuduh yang diwakili Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek bagaimanapun merayu hukuman ringan dan berjalan serentak bagi semua pertuduhan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan lima bulan bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta penjara 28 bulan dan tiga sebatan bagi pertuduhan ketiga. Semua hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 22 Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-najis-banduan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054973 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list