CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 0

[Kelantan] Masuk Pos Gob perlu kebenaran Ketua Pengarah Jakoa

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengeluarkan arahan supaya kemasukan ke Pos Gob di sini, perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah jabatan itu terlebih dahulu.

Arahan yang dikeluarkan Berdasarkan Peraturan 9, Akta 134 menyatakan pihak yang ingin memasuki kawasan kampung Orang Asli perlu mendapat kebenaran Ketua Pengarah Jakoa bermula Isnin lalu.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini yang boleh merosakkan jalan ke penempatan Orang Asli di Pos Gob.

"Kerosakan jalan terbabit menyebabkan kerja-kerja pembinaan jambatan dan pembaikan jalan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kesedar tergendala.

"Dikhuatiri projek tidak dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan disamping menyukarkan dan menggangu rutin masyarakat setempat," katanya menerusi kenyataan di Facebook agensi itu.

Sementara itu, arahan terbabit disambut baik penduduk Orang Asli di Pos Gob, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aman Angah berkata, arahan itu diharap dapat membantu menyelesaikan masalah jalan perhubungan ke perkampungan itu.

"Kami harap dengan arahan yang dikeluarkan ini dapat mempercepatkan proses membaiki dan membaik pulih jalan.

"Sudah lama kami terpaksa melalui jalan rosak untuk keluar ke Bandar Gua Musang.

"Keadaan jalan rosak ini juga turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan pembelajaran anak-anak apabila pelajar dan murid tidak dapat keluar dari pos kerana masalah jalan rosak.

"Saya sangat berterima kasih kepada pihak Jakoa yang sedar akan masalah dihadapi kami di sini dan berharap jalan dan jambatan akan siap seperti yang dijanjikan," katanya.

Bagi pemandu pacuan empat roda yang menjadi pengangkutan utama penduduk untuk keluar masuk ke perkampungan itu berkata, arahan yang dikeluarkan itu tepat pada masanya supaya jalan perhubungan dapat disiapkan secepat mungkin.

"Kami pemandu pacuan empat roda yang menjadi pengangkutan utama penduduk untuk keluar masuk bagi urusan di bandar Gua Musang sering mengalami kesukaran kerana masalah jalan rosak.

"Dengan keadaan cuaca sekarang jalan akan mengalami rosak teruk sehingga menyukarkan kami untuk membawa Orang Asli keluar.

"Kami harap dengan penutupan itu dapatlah mempercepatkan kerja-kerja baik pulih jalan untuk memudahkan kami bekerja kerana setiap hari perlu melalui jalan itu," katanya.


PAPAN notis yang di keluarkan oleh pihak JAKOA yang terletak di laluan menuju ke Pos Gob. FOTO Paya Linda Yahya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... etua-pengarah-jakoa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.492372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list