View: 1706|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sindiket seludup rokok lalu Jalan Persekutuan, LPT2
[Copy link]
|
|
Mohd Nadzri (dua dari kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO ROSLI ILHAM
Chukai: Sindiket penyeludupan rokok dikesan menggunakan Jalan Persekutuan dan Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) untuk pengedaran ke kawasan selatan tanah air.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu Mohd Nadzri Ariffin berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan lain untuk mengekang kegiatan itu di lokasi panas yang dikenal pasti.
Menurutnya, sindiket juga akan menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mereka pada waktu puncak bagi mengelak ditangkap.
"Sindiket penyeludupan ini sudah mengetahui waktu kita (kastam) buat sekatan jalan raya pada awal pagi.
"Oleh itu, mereka tukar modus operandi dan lakukan (penyeludupan) dalam waktu puncak untuk mengaburi pihak berkuasa kerana waktu puncak, banyak terdapat kenderaan lain dan sukar untuk mengesan mereka," katanya ketika sidang media di pejabat JKDM Kemaman di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Nazri berkata, JKDM Terengganu berjaya melakukan rampasan sebanyak RM15.47 juta sejak Januari hingga September tahun ini.
"Jumlah rampasan itu membabitkan rampasan pelbagai jenis rokok, beras, mercun, minyak diesel dan kenderaan.
"Rampasan terbabit membabitkan nilai cukai keseluruhan bernilai hampir RM1.5 juta," katanya.
Menurutnya, rampasan terbesar pada 23 september lalu membabitkan rampasan 2.1 juta batang rokok seludup bernilai RM273,000 di stesen minyak di Yong Peng, Johor dengan anggaran cukai sebanyak RM1.4 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-persekutuan-lpt2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|