CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 2 pesakit cedera ambulans bawa mereka terbalik

[Copy link]
Post time 20-10-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah ambulans yang membawa dua pesakit terbalik selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, di sini, awal pagi tadi - Foto NSTP/Ihsan pembaca.



SEREMBAN: Sebuah ambulans yang membawa dua pesakit terbalik selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika ambulans sedang melalui simpang lampu isyarat merah.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika ambulans yang dipandu seorang lelaki berumur 43 tahun bersama seorang pembantu pegawai perubatan membawa dua pesakit lelaki berusia 18 dan 66 tahun.

"Ambulans sedang bergerak dari Sungai Pelik, Sepang, Selangor menuju ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, ambulans yang dipandu dengan menyalakan lampu pandu arah kecemasan dan siren dikatakan meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah di laluannya.

"Kemudian sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah kanan ambulans datang dan melanggar bahagian sisi kanan ambulans sehingga menyebabkannya terbalik.

"Akibat kemalangan itu, semua mangsa cedera ringan dan dihantar ke HTJ untuk menerima rawatan," katanya.

Arifai berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 0162895801 atau hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.854390 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list