CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 0

[Johor] Dituduh rogol kenalan sekolah

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Syahadan (tengah) dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol remaja bawah umur. Gambar Alias Abd Rani

Muar: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol kenalan sekolah di sebuah rumah di Kluang, dekat sini, pada 2019 dan 2020.

Mohamad Syahadan Shamsuddin, 22, membuat pengakuan itu sebaik semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu di sebuah rumah di Kluang pada November 2019.

Pertuduhan kedua pula, dia sekali lagi mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa pada Mac 2020 dengan semua kejadian berlaku tempat sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Alif Ahmad Tarmizi.

Pendakwaan memohon mahkamah untuk tidak mengenakan sebarang jaminan atau memberikan ikat jamin paling tinggi memandangkan mangsa masih bawah umur ketika itu.

Mahkamah kemudian mengenakan ikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan syarat tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Kluang setiap bulan dan tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November ini sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gol-kenalan-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list