CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 0

[Johor] Remaja hilang disyaki ikut teman lelaki

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:25 PM | Show all posts |Read mode

Norashikin Rahim.

PONTIAN – Seorang kakak merayu bantuan orang ramai untuk mengesan adiknya yang keluar daripada rumah di Jalan Parit Ismail, Benut di sini sejak Ahad lalu.

Menurut Siti Aishah Ismail, 30, adiknya, Norashikin Rahim, 20, keluar rumahnya kira-kira pukul 10.30 pagi ketika dia berada di dalam bilik melipat baju tanpa diketahui kemana arah tuju dan dengan siapa dia keluar.

Katanya, Norashikin merupakan adiknya satu ibu tetapi berlainan bapa, tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan surat beranak serta keluar sehelai sepinggang.

“Dia (Norashikin) tinggal dengan saya sejak berusia 10 tahun, merupakan anak sulung selepas kematian ibu dan bapanya serta tidak pernah bersekolah rendah dan juga menengah.

“Saya bimbang akan keselamatannya, kerana dia tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kehilangan seorang remaja dari Benut yang hilang dalam kumpulan Geng Pontian tanpa diketahui kemana arah tujuan dan dengan siapa dia pergi.

Tambah Siti Aishah, dia tiada mempunyai sebarang perselisihan faham antaranya dengan adiknya yang tinggal bersama sejak kecil dan berharap Norashikin dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Katanya, dia tiada mendengar sebarang bunyi kenderaan samada motosikal atau kereta yang membawa Norashikin keluar dari rumahnya, begitu juga dengan jiran-jiran di sebelah rumahnya.

“Puas kami telah mencari dirumah saudara mara dan adik beradiknya yang lain, tetapi mereka mengatakan Norashikin tidak berada disana,” ujarnya yang mempunyai seorang anak.

Menurut Siti Aishah, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Benut pada hari Isnin dan meminta orang ramai turut membantu mengesan adiknya yang empat hari tidak ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa yang hilang itu.

“Ada, mangsa yang berumur 20 tahun dipercayai mengikut teman lelakinya secara rela hati.

“Tiada kesalahan jenayah sebab mangsa bukan dibawah umur, tiada paksaan dan rela hati,” ujarnya ringkas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -ikut-teman-lelaki/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056183 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list